Program Bijak Sifir

SK. Tenambak - Lemah dalam penguasaan sifir di kalangan  murid sekolah ini dikesan menjadi salah satu punca murid tidak berminat dalam matapelajaran Matematik. Oleh itu, pihak sekolah melalui Panatia Matematik telah mengadakan program bijak sifir bagi menarik minat murid seterusnya memastikan murid menguasai matapelajaran tersebut. Antara langkah yang diambil  ialah mengadakan aktiviti sifir untuk semua, dimana melalui aktiviti ini semua murid dikehendaki untuk membaca sifir bersama- sama di awal pagi pada setiap hari.
       








 Program ini biasanya dilakukan lebih kurang 10 minit sebelum masa pertama pembelajaran bermula. Murid- murid akan dipilih secara rawak untuk membacakan sifir yang akan ditentukan oleh guru. Oleh itu, setiap murid telah pun diingatkan agar mula menghafal beberapa sifir sebagai persediaan.
          Melalui program yang berterusan ini, terdapat perkembangan yang positif pada sikap murid- murid sekolah ini. antaranya ialah berani menonjolkan diri di khalayak, berminat terhadap matematik, bersungguh- sungguh dan sedia memberikan kerjasama.



Kem Motivasi


Berapa agak2 boleh dapat A ye?











Perkongsian dan Motivasi dari Alumni SK. Tenambak En. Kadir Suman.



Slot Bahasa Melayu oleh Cikgu Ajijah Ali Hassim





Kem Motivasi UPSR 2012

SK. Tenambak - Pada 16 hingga 20 April 2012 bermulalah Kem Motivasi yang diadakan khas bagi murid- murid Tahun 6 bagi tahun 2012. Ia merupakan salah satu program yang dirancang pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi pendedahan dan teknik- teknik menjawab soalan kepada murid- murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Program ini juga memperlihatkan betapa guru- guru dan PIBG sendiri amat mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam usaha melahirkan murid- murid yang berjaya dalam segala aspek khasnya pelajaran.
       Bagi menjayakan program ini juga, pihak sekolah menjemput guru- guru dari luar SK. Tenambak, bekas- bekas murid SK. Tenambak yang telah berjaya dan juga pelajar cemerlang dalam SPM 2011 Daerah Kuala Penyu iaitu adik Norhaslinda Ag. Damit.

                Perkongsian- Adik Norhaslinda Ag. Damit            Pn. Haziza Limat- Slot Matematik UPSR












 Cikgu Timah Hj. Buntar- slot Sains UPSR                               Slot Motivasi - Adik Norhaslinda Ag. Damit



Cikgu Site Tabiah guru kelas Tahun 6