SK. Tenambak - Pada 16 hingga 20 April 2012 bermulalah Kem Motivasi yang diadakan khas bagi murid- murid Tahun 6 bagi tahun 2012. Ia merupakan salah satu program yang dirancang pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan memberi pendedahan dan teknik- teknik menjawab soalan kepada murid- murid Tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak. Program ini juga memperlihatkan betapa guru- guru dan PIBG sendiri amat mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam usaha melahirkan murid- murid yang berjaya dalam segala aspek khasnya pelajaran.
Bagi menjayakan program ini juga, pihak sekolah menjemput guru- guru dari luar SK. Tenambak, bekas- bekas murid SK. Tenambak yang telah berjaya dan juga pelajar cemerlang dalam SPM 2011 Daerah Kuala Penyu iaitu adik Norhaslinda Ag. Damit.
Perkongsian- Adik Norhaslinda Ag. Damit Pn. Haziza Limat- Slot Matematik UPSR
Perkongsian- Adik Norhaslinda Ag. Damit Pn. Haziza Limat- Slot Matematik UPSR
Cikgu Site Tabiah guru kelas Tahun 6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan