Sejarah

Pembinaan Awal


Sebelum Kampung Tenambak mempunyai sekolah, ramai anak- anak tempatan yang buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh membaca dan menulis. Ini kerana hanya sebilangan kecil anak- anak sahaja yang mampu belajar di SRK Pekan Kuala Penyu (kini dikenali sebagai SK Pekan Kuala Penyu).

       Atas kesedaran penduduk kampung terhadap masalah ini, lahirlah beberapa tokoh tempatan yang berusaha dan merancang untuk membina sekolah bagi mengatasi masalah tersebut. Ia diketuai oleh En. Maidin Daud dan beberapa lagi seperti Encik Tiasin Unas, Encik Mat Jaya Fadillah, En. Buata, En. Saban Alok dan En. Sinyor Abau. Mereka memohon kebenaran dari Ketua Anak Negeri Daerah Kuala Penyu pada ketika itu iaitu En. N.C Mohd Taha Abdullah yang juga dilantik sebagai Supervisor. Permohonan mereka akhirnya disokong oleh kerajaan.

           Setelah permohonan diluluskan, mereka telah bermesyuarat dengan penduduk kampung yang akhirnya bersetuju untuk membina sebuah sekolah di tanah Encik Maidin Daud yang berkeluasan kira- kira 1/2 ekar. Dalam tahun 1962, terbinalah sebuah bangunan beratap daun rumbia, berdinding pelepah dan bertiang nibong seluas 20' X 30' di tanah tersebut yang dinamakan NVS. Tenambak

         Sejak itu, bermulalah sesi persekolahan buat pertama kalinya dengan 55 orang murid yang mendaftar. Guru- guru yang mengajar dibayar oleh orang- orang kampung dengan kadar $1.00 (RM1.00) bagi seorang murid sebagai yuran bulanan.  Ini kerana pentadbiran sekolah pada ketika itu belum diambil alih oleh kerajaan. En. Sinin Guan merupakan Guru Besar yang pertama di NVS Tenambak pada ketika itu dan di bantu oleh beberapa guru yang lain seperti En. Ismail Gustim, Puan Armah Mohd. Taha, Eting Tanak dan Kunun Guan.

      Awal tahun 1965, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah berkeluasan 30' X 100' bertempat di tanah kerajaan (yang ada sekarang). oleh itu, murid- murid yang belajar di sekolah yang lama telah dipindahkan ke sekolah yang baru siap dibina dan dinamakan SK. Tenambak.  Tahun 1971, sebuah lagi bangunan tambahan dibina diikuti satu lagi tambahan bangunan pada tahun 1980.

Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK. Tenambak.


BIL
TAHUN
NAMA GURU BESAR
TEMPOH
01
1962-1965
EN.SININ GUAN
4 TAHUN
02
1966-1967
EN.ABDULLAH  JANUN
2 TAHUN
03
1968-1968
EN.SHEFFIE OSMAN
1 TAHUN
04
1969-1972
EN.JENNEH ANGKEE
4 TAHUN
05
1973-1974
EN.HASBAH DAUD
2 TAHUN
06
1975-1979
EN.SININ GUAN
5 TAHUN
07
1980-1984
EN.JOHARI AG.OMAR
5 TAHUN
08
1985-1985
EN.AHMAD HJ WAHID
1 TAHUN
09
1986-1988
EN.ABD. RAHMAN HAMZAH
3 TAHUN
10
1989-2000
EN.JULIUS HENRY HINSIN
12 TAHUN
11
2001-2010
EN.JOHAL IBRAHIM
10 TAHUN
12
2011- KINI
HJ.ABDULLAH HJ.AG.KANAK
SEKARANG


Tiada ulasan: