Ko-Kurikulum



CARTA ORGANISASI
KOKURIKULUM SK TENAMBAK
2012





KONSEP

Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid- murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai- nilai estetika serta sosial yang positif.

a)  Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani,rohani) ;
b)      Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
c)      Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.


MATLAMAT
Matlamat yang hendak dicapai:

  1. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan;
  2. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid;
  3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di dalam sekolah dan antara sekolah;
  4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi;
  5. Membina dan meningkatkan disiplin murid;
  6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
  7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
  8. Mewujudkan sekolah berwatak.

Tiada ulasan: