Program 10000 langkah..

KHAMIS 18 JANUARI 2016



SK TENAMBAK : Seramai lebih kurang 50 orang murid dan staf  SK Tenambak telah menyertai Program berjalan kaki 10 000 langkah yang telah dikelolakan oleh KOSPEN Kg. Tenambak bersama Jabatan Kesihatan Kuala Penyu. Ia bertujuan bagi menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat dengan menjalankan aktiviti riadah.


Gotong royong MSSDKP

21 Januari 2016, SK. Tenambak KP.

Awal tahun 2016, agak sibuk dengan pelbagai program yang telah dirancang samada di peringkat sekolah mahupun daerah. Hari ini guru-guru bersama PIBG telah melaksanakan program gotong- royong bagi persediaan SK Tenambak sebagai tuan rumah bagi sukan balapan dan padang sekolah- sekolah rendah daerah Kuala Penyu. 
             Pelbagai tugasan persediaan telah dilakukan bagi menjayakan MSSDKP pada tahun ini. Kerjasama dari pihak PIBG dalam menjayakan program ini amat- amat dihargai oleh pihak sekolah.