SK TENAMBAK : Seramai lebih kurang 50 orang murid dan staf SK Tenambak telah menyertai Program berjalan kaki 10 000 langkah yang telah dikelolakan oleh KOSPEN Kg. Tenambak bersama Jabatan Kesihatan Kuala Penyu. Ia bertujuan bagi menggalakkan masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat dengan menjalankan aktiviti riadah.
Gotong royong MSSDKP
21 Januari 2016, SK. Tenambak KP.
Awal tahun 2016, agak sibuk dengan pelbagai program yang telah dirancang samada di peringkat sekolah mahupun daerah. Hari ini guru-guru bersama PIBG telah melaksanakan program gotong- royong bagi persediaan SK Tenambak sebagai tuan rumah bagi sukan balapan dan padang sekolah- sekolah rendah daerah Kuala Penyu.
Pelbagai tugasan persediaan telah dilakukan bagi menjayakan MSSDKP pada tahun ini. Kerjasama dari pihak PIBG dalam menjayakan program ini amat- amat dihargai oleh pihak sekolah.
Majlis Santapan keluarga SK Tenambak di Courtyard Hotel 1Borneo
3/11/2012 Courtyard Hotel 1Borneo- Majlis ini diadakan bermula pada jam 7 malam dan dihadiri oleh Guru- guru, KTBM beserta dengan ahli keluarga masing- masing. Walau pun serba sederhana namun tetap meriah.
Selain berjaya mengeratkan hubungan di antara kakitangan SK Tenambak tetapi juga dapat berkenalan dengan ahli keluarga yang ikut serta dalam majlis ini.
Setelah bersaing pada perlawanan bowling pada petangnya, maka pada malam ini adalah acara kemuncaknya iaitu acara makan....ehe . Namun begitu, kelab guru SK Tenambak iaitu penganjur program ini, turut menyediakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian pada majlis ini.
Selain berjaya mengeratkan hubungan di antara kakitangan SK Tenambak tetapi juga dapat berkenalan dengan ahli keluarga yang ikut serta dalam majlis ini.
Setelah bersaing pada perlawanan bowling pada petangnya, maka pada malam ini adalah acara kemuncaknya iaitu acara makan....ehe . Namun begitu, kelab guru SK Tenambak iaitu penganjur program ini, turut menyediakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian pada majlis ini.
Perlawanan Bowling sempena Majlis Santapan Keluarga SK Tenambak
Perlawanan Bowling diadakan pada waktu petang di Pusat Bowling 1Borneo pada 03 November 2012. Antara pengisian yang telah dirancang sempena "Majlis Santapan Keluarga SK Tenambak" di Courtyard Hotel. Perlawanan di antara 3 pasukan yang telah pun ditetapkan. Walau pun ada yang tak pernah pegang bola bowling, namun suasana tetap meriah dengan pelbagai gelagat pemain bowling SK Tenambak.
Perlawanan selesai kira- kira pada jam 5.45 petang, dan juaranya.............. . Antara aksi2 pemain bowling kita. memang santai dan meriah.
| baru pemanasan |
| Thulsy dgn gaya tersendiri |
| tgk2 dulu cmner mau baling ni krg.. |
| GB ni biasa main dh ni... |
| antara ahli keluarga yang memberikan sokongan |
| lagi hebat, dua tangan terus "strike" |
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
| Tahun 6 |
| Tahun 4 |
| Tahun 5 |
| Tahun 5 (P) |
| Tahun 2 |
| Tahun 3 |
| Tahun 1 |
| Guru Besar beserta guru- guru berkunjung ke kelas sempena hari raya |
| Prasekolah |
| Pendidikan Khas |
| Pend.Khas- Ruang terhad tidak menghalang membuat sambutan Hari Raya |
Learn English Family Workshop
Pada 11 Ogos yang lalu, guru- guru BI SK Tenambak berserta dengan Miss Vicki dari program penutur jati BI telah mengadakan bengkel kepada ibubapa. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan sangat lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari ibu bapa yang hadir. Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun- tahun akan datang.
![]() |
| Teacher Alice sedang menyampaikan ceramah |
![]() |
| Melihat tayangan video |
![]() |
| Antara guru- guru BI terlibat |
![]() |
| kerjasama dan komitmen dari guru- guru BI |
![]() |
| Miss Vicki sebagai fasilitator |
![]() |
| sedia memberi tunjuk ajar |
![]() |
| Guru- guru melakukan aktiviti |
![]() |
| Ibu bapa sedia memberi kerjasama |
Aktiviti 'menitir' di sekolah
'Menitir'? saya sendiri pun kurang faham maksudnya. Apa yang diberitahu ianya adalah istilah dalam Bahasa Brunei di Sabah, merujuk kepada Majlis Tahlil yang biasanya dilakukan pada waktu menghampiri bulan Ramadhan atau bulan puasa.
Pendek kata, melalui kelab guru kami turut mengadakan majlis tersebut pada 18 Julai lalu bersama guru- guru dan AKS di Sekolah. Majlisnya ringkas sahaja, dimulakan dengan 'menitir' dan adalah dibuat jamuan sedikit. Apa lagi 'bedal' je lah apa yang ada. Al-maklumlah tak lama lagi nak puasa.
Makanan yang disediakan ini adalah sumbangan dari setiap guru dan AKS, itu pasallah banyak. best jugalah. Gambar yang ada ni, gambar acara makan dah ni...
Program Motivasi Murid Siri 2
Seperti program yang lalu, sekolah telah menyelitkan aktiviti- aktiviti seperti teknik- teknik menjawab soalan dan tips-tips penting bagi menghadapi UPSR kelak. Selain ceramah bagi meningkatkan motivasi pelajar itu sendiri bagi menyedarkan murid- murid tentang matlamat dan tanggungjawab mereka.
Program motivasi kali ini adalah anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah, Beaufort. Secara keseluruhannya objektif program pada kali ini tercapai dan pihak sekolah berharap agar murid- murid akan lebih fokus pada pelajaran dan dapat membuat persediaan yang mantap bagi menghadapi UPSR kelak
Gambar hari terakhir program motivasi.
untuk anak- anak murid sekalian, teruskan usaha kamu 'bangkitlah setiap kali kamu terjatuh'. Gagal bukanlah pengakhiran perjuangan tapi permulaan bagi satu kejayaan selagi kamu tidak berputus asa. InsyaAllah kamu pasti akan menjadi insan yang berjaya dan hebat.
Langgan:
Catatan (Atom)













