Sebelum Kampung Tenambak mempunyai sekolah, ramai anak- anak tempatan yang buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh membaca dan menulis. Ini kerana hanya sebilangan kecil anak- anak sahaja yang mampu belajar di SRK Pekan Kuala Penyu (kini dikenali sebagai SK Pekan Kuala Penyu).
Atas kesedaran penduduk kampung terhadap masalah ini, lahirlah beberapa tokoh tempatan yang berusaha dan merancang untuk membina sekolah bagi mengatasi masalah tersebut. Ia diketuai oleh En. Maidin Daud dan beberapa lagi seperti Encik Tiasin Unas, Encik Mat Jaya Fadillah, En. Buata, En. Saban Alok dan En. Sinyor Abau. Mereka memohon kebenaran dari Ketua Anak Negeri Daerah Kuala Penyu pada ketika itu iaitu En. N.C Mohd Taha Abdullah yang juga dilantik sebagai Supervisor. Permohonan mereka akhirnya disokong oleh kerajaan.
Setelah permohonan diluluskan, mereka telah bermesyuarat dengan penduduk kampung yang akhirnya bersetuju untuk membina sebuah sekolah di tanah Encik Maidin Daud yang berkeluasan kira- kira 1/2 ekar. Dalam tahun 1962, terbinalah sebuah bangunan beratap daun rumbia, berdinding pelepah dan bertiang nibong seluas 20' X 30' di tanah tersebut yang dinamakan NVS. Tenambak
Sejak itu, bermulalah sesi persekolahan buat pertama kalinya dengan 55 orang murid yang mendaftar. Guru- guru yang mengajar dibayar oleh orang- orang kampung dengan kadar $1.00 (RM1.00) bagi seorang murid sebagai yuran bulanan. Ini kerana pentadbiran sekolah pada ketika itu belum diambil alih oleh kerajaan. En. Sinin Guan merupakan Guru Besar yang pertama di NVS Tenambak pada ketika itu dan di bantu oleh beberapa guru yang lain seperti En. Ismail Gustim, Puan Armah Mohd. Taha, Eting Tanak dan Kunun Guan.
Awal tahun 1965, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah berkeluasan 30' X 100' bertempat di tanah kerajaan (yang ada sekarang). oleh itu, murid- murid yang belajar di sekolah yang lama telah dipindahkan ke sekolah yang baru siap dibina dan dinamakan SK. Tenambak. Tahun 1971, sebuah lagi bangunan tambahan dibina diikuti satu lagi tambahan bangunan pada tahun 1980.
Awal tahun 1965, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah berkeluasan 30' X 100' bertempat di tanah kerajaan (yang ada sekarang). oleh itu, murid- murid yang belajar di sekolah yang lama telah dipindahkan ke sekolah yang baru siap dibina dan dinamakan SK. Tenambak. Tahun 1971, sebuah lagi bangunan tambahan dibina diikuti satu lagi tambahan bangunan pada tahun 1980.
Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK. Tenambak.
BIL
|
TAHUN
|
NAMA GURU BESAR
|
TEMPOH
|
01
|
1962-1965
|
EN.SININ GUAN
|
4 TAHUN
|
02
|
1966-1967
|
EN.ABDULLAH JANUN
|
2 TAHUN
|
03
|
1968-1968
|
EN.SHEFFIE OSMAN
|
1 TAHUN
|
04
|
1969-1972
|
EN.JENNEH ANGKEE
|
4 TAHUN
|
05
|
1973-1974
|
EN.HASBAH DAUD
|
2 TAHUN
|
06
|
1975-1979
|
EN.SININ GUAN
|
5 TAHUN
|
07
|
1980-1984
|
EN.JOHARI AG.OMAR
|
5 TAHUN
|
08
|
1985-1985
|
EN.AHMAD HJ WAHID
|
1 TAHUN
|
09
|
1986-1988
|
EN.ABD. RAHMAN HAMZAH
|
3 TAHUN
|
10
|
1989-2000
|
EN.JULIUS HENRY HINSIN
|
12 TAHUN
|
11
|
2001-2010
|
EN.JOHAL IBRAHIM
|
10 TAHUN
|
12
|
2011- KINI
|
HJ.ABDULLAH HJ.AG.KANAK
|
SEKARANG
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan