Sambutan Hari Guru

SK.Tenambak  Sambutan Sempena Hari Guru bagi tahun 2012 telah diadakan sekali lagi di SK.Tenambak dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjalan dengan lancar. Majlis seumpama ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan pada setiap tahun bagi menghargai jasa guru- guru dan menyanjung tinggi profesion perguruan sebagai satu tugas mulia dalam mendidik dan membentuk anak bangsa menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan.

Peristiwa sepanjang Hari Guru 2012

Boling Kelapa
Guru-guru turut berpeluang
menunjukkan bakat



                            
Murid- murid gembira
menjayakan senamrobik

Cikgu Asna dan Cikgu Azriman
sebagai instruktor senamrobik

Berehat sekejap
Guru Besar Hj.Abdullah Ag.Kanak
turut ambil bahagian dalam suakneka


Ketua Murid menyampaikan kad
ucapan hari guru kepada Guru Besar
Ucapan alu-aluan sempena hari guru
daripada guru besar.



En.Azriman Rasidi- Guru Penyayang
pilihan Murid kategori Guru lelaki
Acara memotong kek hari guru



Cik Norliza Che Isa- Guru Penyayang
pilihan murid kategori wanita.



KWAPM

Aktiviti HEM 2012

Pembahagian Wang KWAPM






PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2012

Pertandingan keceriaan kelas yang diadakan oleh sekolah adalah bertujuan untuk:-

  • Mendidik murid agar sentiasa mementingkan kebersihan dan keceriaan,
  • Melahirkan semangat daya saing secara sihat dan bekerjasama,
  • Mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif di dalam kelas,
  • Melahirkan murid- murid yang bersedia menyumbang idea dan kreatif.
Oleh itu, pihak sekolah telah menawarkan hadiah yang menarik kepada kelas yang bersih dan ceria. Penilaian dibuat pada setiap minggu dan juara mingguan akan diumumkan pada waktu perhimpunan sekolah pada minggu seterusnya. Manakala, juara bulanan pula akan diumumkan pada setiap hujung bulan. Ia dipilih berdasarkan kekerapan kelas tersebut menjadi juara mingguan.

Juara Bulan April
Ketua kelas Tahun 6 Muhammad Alzikri menerima 
piala pusingan daripada Guru Besar.





Muhasabah diri

Mulai Hari ini....

Sebelum kita mengatakan kata- kata yang tidak baik,
fikirkanlah seseorang yang tidak boleh berkata- kata.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
fikirkanlah seseorang yang tidak punya apa- apa untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa- apa,
fikirkanlah seseorang yang meminta- minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita bernasib buruk,
fikirkanlah seseorang yang berada dalam keadaan terburuk dalam hidupnya.

Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkanlah seseorang yang tidak dapat hidup lebih lama.

dan disaat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
fikirkanlah tentang pengangguran, orang- orang tidak berupaya yang berharap
mempunyai pekerjaan dan kebolehan seperti kita.

Sebelum kita menunjuk jari- jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa, tidak ada seorang pun yang sempurna dan tidak berdosa.

dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Senyum, bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah S.W.T
yang masih memberikan peluang,kesempatan, kehidupan untuk memperbaiki diri.

SELAMAT HARI IBU
MA’  KAU TETAP DIHATI

IBU….IBU…

ENGKAULAH RATU HATIKU.

BILA KU BERDUKA…
ENGKAU HIBURKAN SELALU…

MA…TIDAK DAPAT KU GAMBAR DAN KU LUAHKAN
RASA KASIHKU PADAMU,
RASA CINTA  DAN SAYANG KU PADAMU…
SESUNGGUHNYA…AKU INGIN SEKALI BERSAMAMU SELALU..
BERADA DALAM DAKAPAN RINDUMU…
BERADA DALAM DAKAPAN KASIHMU..

MA..
KEMAAFAN JUA YANG KU PINTA..
KERNA KELEMAHAN KU…
TIDAK  PANDAI MENGUNGKAP SAYANGKU…
NAMUN KAU TETAP YANG TERISTIMEWA DIHATIKU…
DOA KU MENGIRINGI PERJALANAN KEHIDUPANMU…
MOGA….
KASIH ALLAH SENTIASA  BERSAMAMU.

MA…
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU..
KAU TETAP DI HATIKU DULU….KINI…..DAN SELAMANYA.

SELAMAT HARI IBU BUAT MAMA YANG TERSAYANG.

NUKILAN; SURIADAH SAMAD
©Sue2012









Makluman



PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)


Dimaklumkan bahawa aplikasi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) untuk sekolah rendah telah boleh diakses bermula 23 April 2012.  seterusnya..

PBS 2012 : INSTRUMEN PEMANTAUAN PENJAMINAN KUALITI PBS 2012


Instrumen pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),Tahun 1, dan 2 sekolah rendah dan Tingkatan 1 sekolah menengah untuk tujuan jaminan kualiti boleh dicapai melalui sesawang http://www.moe.gov.my/lp . Instrumen dalam ms excel boleh dimuat turun dan diisikan oleh guru pemantau.