Aktiviti 'menitir' di sekolah


'Menitir'? saya sendiri pun kurang faham maksudnya. Apa yang diberitahu ianya adalah istilah dalam Bahasa Brunei di Sabah, merujuk kepada Majlis Tahlil yang biasanya dilakukan pada waktu menghampiri bulan Ramadhan atau bulan puasa.

        Pendek kata, melalui kelab guru kami turut mengadakan majlis tersebut pada 18 Julai lalu bersama guru- guru dan AKS di Sekolah. Majlisnya ringkas sahaja, dimulakan dengan 'menitir' dan adalah dibuat jamuan sedikit. Apa lagi 'bedal' je lah apa yang ada. Al-maklumlah tak lama lagi nak puasa. 


        Makanan yang disediakan ini adalah sumbangan dari setiap guru dan AKS, itu pasallah banyak. best jugalah. Gambar yang ada ni, gambar acara  makan dah ni...







Program Motivasi Murid Siri 2


       Seperti program yang lalu, sekolah telah menyelitkan aktiviti- aktiviti seperti teknik- teknik menjawab soalan dan tips-tips penting bagi menghadapi UPSR kelak. Selain ceramah bagi meningkatkan motivasi pelajar itu sendiri bagi menyedarkan murid- murid tentang matlamat dan tanggungjawab mereka.

    Program motivasi kali ini adalah anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah, Beaufort. Secara keseluruhannya objektif program pada kali ini tercapai dan pihak sekolah berharap agar murid- murid akan lebih fokus pada pelajaran dan dapat membuat persediaan yang mantap bagi menghadapi UPSR kelak

Gambar hari terakhir program motivasi.





 






untuk anak- anak murid sekalian, teruskan usaha kamu 'bangkitlah setiap kali kamu terjatuh'. Gagal bukanlah pengakhiran perjuangan tapi permulaan bagi satu kejayaan selagi kamu tidak berputus asa. InsyaAllah kamu pasti akan menjadi insan yang berjaya dan hebat.

Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1Malaysia

       Sekolah kami pun tidak melepaskan peluang untuk menyertai senamrobik ini yang telah berlangsung pada 10 Julai 2012 yaang lalu. Oleh kerana tiada tempat lain, kami buat je di  tapak perhimpunan sekolah. Sekurang- kurangnya dapat jua menyumbang untuk"The Malaysia Book of Records". Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru- guru dan AKS juga turut serta. Meriah jugalah... . Lepas ja senamrobik selesai, kami buatlah peraduan mewarna bertemakan 1Murid 1Sukan.