Program Bijak Sifir

SK. Tenambak - Lemah dalam penguasaan sifir di kalangan  murid sekolah ini dikesan menjadi salah satu punca murid tidak berminat dalam matapelajaran Matematik. Oleh itu, pihak sekolah melalui Panatia Matematik telah mengadakan program bijak sifir bagi menarik minat murid seterusnya memastikan murid menguasai matapelajaran tersebut. Antara langkah yang diambil  ialah mengadakan aktiviti sifir untuk semua, dimana melalui aktiviti ini semua murid dikehendaki untuk membaca sifir bersama- sama di awal pagi pada setiap hari.
       








 Program ini biasanya dilakukan lebih kurang 10 minit sebelum masa pertama pembelajaran bermula. Murid- murid akan dipilih secara rawak untuk membacakan sifir yang akan ditentukan oleh guru. Oleh itu, setiap murid telah pun diingatkan agar mula menghafal beberapa sifir sebagai persediaan.
          Melalui program yang berterusan ini, terdapat perkembangan yang positif pada sikap murid- murid sekolah ini. antaranya ialah berani menonjolkan diri di khalayak, berminat terhadap matematik, bersungguh- sungguh dan sedia memberikan kerjasama.



Tiada ulasan: